Tapak Sekolah Kebangsaan Minyak Beku telah diwakafkan oleh Penghulu Orang Kaya iaitu En Asrakal Bin Ismail. Luas tapak sekolah ini ialah 1E 2R 15P.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1909. Asal bangunan sekolah ini ialah Bangunan Kelab Bola Sepak Melayu Kampung Teluk Buloh, Batu Pahat dan telah digunakan sebagai tempat pembelajaran oleh kira-kira 60 orang murid. Pada tahun 1913, bangunan baru daripada kayu dibina secara gotong-royong oleh penduduk setempat dan digunakan sehingga tahun 1918.
Pada tahun 1918, kerajaan negeri Johor telah mendirikan bangunan baru yang dilengkapi dengan tandas dan perigi batu. Bangunan yang didirikan ini adalah bangunan berbentuk "rumah panggung" tidak berbilik. Bangunan ini bertiang batu dan beratap genting.
Tahun 1932, sebuah lagi bangunan serupa dibina bersama-sama dengan sebuah rumah guru. Bangunan yang dibina pada tahun 1918 digunakan oleh murid-murid perempuan dengan nama Sekolah Melayu Perempuan Minyak Beku. Bangunan yang dibina pada tahun 1932 dibeir nama Sekolah Melayu Laki-Laki Minyak Beku.
Bangunan yang diguna pakai sekarang telah dibina secara pasang siap pada 28 November 1984. Bangunan baru 3 tingkat ini mengandungi 6 bilik darjah, pejabat pengurusan, pejabat guru, perpustakaan bilik tayang dan bilik kantin.
No comments:
Post a Comment